Kira-kira 88 tahun dahulu, kampung bertam ulu, melaka begitu aman dan tenang sekali. Tetapi sekarang tidak lagi. pintu reban ayam pun diorang tutup gak. Ini semua berpunca Masuk jer waktu maghrib, oghang kampung Bertam Ulu dah tutup pintu ghumah dah... sampaikan pintu jamban dan kerana satu lembagaaaaaa.... lembaga yang seram.... yaaa.. lembaga yang misteriiiii. Lembaga yang sering

 mengganggu penduduk kampung Bertam Ulu. Yaaaa... tak lain dan tak bukan, ia adalah lembaga persatuan kompang peringkat kampung yang dianjurkan oleh pemuda belia 4B di kampung tersebut yang dipimpin oleh abang Karim dan bukannya Latip kira-kira lapan tahun dahulu.

Tapi itu lembaga persatuan kompang, yang aku nak cerita ni bukan mengenai ceghita lembaga persatuan kompang atau kompang-mengompang. Ia adalah cerita seram yang ada kaitan dengan kampung aku. Ia mengenai seekor kerbau. Kerbau ni bukan sebarang kerbau ataupun Mail Kerbau. Tapi, kerbau ini adalah kerbau PUAKA!!!. Ya! Kerbau puaka. Itu kata datuk aku dululah. Kalau kelentong kata atok aku, kelentonglah kata aku... rasanyalah macamni ceritanya...

Latip merupakan anak jadi kampung Ulu Bertam Hilir, Melaka. Bapaknya pula seorang ketua kampung tersebut. Emaknya pula seorang timbalan ketua kampung. Sementara datuknya pula seorang timbalan punya timbalan punya ketua kampung. Latip kini sudah mempunyai 8 ekor kerbau. Lapan jantan dan lapan betina. Sementara di kandang latip pula ada lagi 18 ekor kerbau. Tapi yang 18 ekor ni pelik sikit... nak kata jantan bukan, nak kata betina pun bukan.

"latip, aku rasa boringlah macamni.. hari-hari jaga kerbau. Sesekali jadi lawyer kan best". Kata Ramli yang berbadan kurus tinggi lampai sambil bermain catur bersama kerbau Latip di bawah pohon sentol di padang sekolah berdekatan dengan rumah Latip.

"Dah ni kerja yang kita tahu buat... nak kerja apa lagi? takkan kau nak suruh aku jadi badut pulak. Aku manalah tahu itu semua" Jelas Latip pada Ramli sambil mematikan kerbaunya yang sedang berpikir panjang sambil menggilingkan kepalanya tanda susah untuk mengalahkan Ramli yang telah berpengalaman selama 18 tahun dan pernah mendapat gold medal dalam acara balapan di sekolahnya baru-baru ni.

Ramli yang mempunyai hikmat kecaturan peringkat ke 8, bulan ke tiga lansung tidak memberi peluang pada kerbau Latip yang beria-ia untuk mengalahkan Ramli pada pusingan ke 4. Kebetulan pula ada 4 hingga 5 ekor kerbau pun turut memerhatikan permainan ini dan sama-sama lepak dengan Ramli dan Latip di bawah pokok Sentul kepunyaan Abang Karim yang meninggal kira-kira 8 bulan yang lalu.

"Alaa, senang-senang korang berdua jadi kerbau je laa... tak yah keja. Tengok aku ni haa... kan best jadi camni... makan, makan dan makan... apa yang duduk bersebelahan Latip sambil kontrol macho di depan rakan-rakannya yang lain. Piangg!!

"adeiii!" jerit kerbau Latip. "Lain kali cuba le jangan sampuk cakap orang!" marah Latip pada kerbaunya yang tengah mengerang kesakitan di tulang belikatnya akibat ditempeleng oleh Latip.

Dengan secara tak lansung tiba-tiba Ramli tercengan memerhatikan kerbau yang pandai berkata-kata itu tadi. "eh, Latip! Sini jap engko!" Ramli memanggil Latip dengan penuh ketakutan sekali. "Engko perasan tak kerbau tu tadi bercakap dengan engko!" herdik si Ramli.

"Eh, ye tak ye jugak! Setau aku kerbau mana reti bercakap bahasa manusia!" jawab si Latip yang mula terperasan akan perkara yang sememangnya di luar akal manusia itu.

"Akulah kerbau puaka... Ha! Ha! Ha! Ha! Ha! Haa!!!" dan ketawa itu tiba-tiba lenyap. Latip dan Ramli tercengan sesama sendiri. Jasad kerbau yang berdiri tegak di hadapan mereka itu hilang begitu saja.

"Aku rasa elok kita balik aje la Latip... err! Aku dah tak sedap hati dah ni. Engkau tak tau ke cerita pasal kerbau puaka tu?" kata Ramli terketar-ketar.

"Cerita pasal kerbau puaka apa pulak ni?" Latip semakin konfius dan terus mengeluarkan beberapa ekor cicak dari poket seluarnya dan menyuruh cicak-cicak itu tadi pergi ke kedai runcit yang berdekatan untuk membeli sekotak rokok.

"engkau ni memang lansung tak peka la tentang kejadian yang berlakukat kampung kita ni!" marah si Ramli sambil turut mengirimkan wang kepada cicak-cicak tadi untuk membeli rokok.

"Apa ceritanya?" tanya Latip dengan penuh releven sekali.

"Dulu ada seekor kerbau liar kat kampung kita ni!"

"Kerbau liar.... ohh, jdi die takde tuan la ye?" Latip cuba membuat lawak.

"Kate oghang, kerbau liar tu lama jugak menetap kat kampung kite nie. Die jugak pernah kerja kat kilang karipap kat hujung kampung kite nie, "tambah si Ramli dengan penuh bangga sambil menyanyikan lagu negaraku dalam versi Tamil"

"Dah tu, ape yang puakanya kerbau itu?" cuba berlagak tegas supaya Ramli yang dia cuma kuli batak sahaja yang cuba berlagak menjadi bos.

"Begini ceritanya... ! Kerbau tu pernah minat dengan tokeh kilang karipap tu. Tokeh tu pulak janda, muka cam Ziana Zain, wa cakap lu," Ramli sambung ceritanye lagi.

"Eh, engko bebaik sikit! Ziana Zain tu ada bau-bau bacang jugak dengan aku tau, Ramli!!" tengking Latip.

"Yang sedara dengan kau tu bukannya Ziana Zain... tu Lois Lane, heroin filem Superman tu la!" jelas Ramli sambil membalas tengkingan Latip.

"Haa, betul.... betul" balas Latip. Wajah Latip agak riang setelah mendengar kenyataan Ramli. "Lepas tu?" tanye si Latip lagi.

"Dah bermacam-macam cara kerbau tu mengorat tokeh kilang tu, tapi takde respon. Lepas tu dia tensen, dia terus pergi mendapatkan nasihat seorang bomoh ilmu hitam di selatan New Zealand. Tetapi dengan tak langsung dia juga tlah menuntut ilmu hitam Kalimanjao Rakos Sampret [ilmu yang biasa diamalkan oleh cipan untuk memenangi pertandingan Cub Prix.

Ilmu tu bukan calang-calang tau! David Coperfield pun pernah menuntut ilmu yang sama tau! Jelas Ramli sambil menelek sebuah kamus berbahasa Perancis yang dibawa bersama cicak-cicak Latip yang baru saja pulang dari membeli rokok.

"Setelah 8 tahun menetap di New Zealand, akhirnye kerbau tu pulang jugak ke kampung kite dengan niat untuk meng'anu'kan tokeh kilang tu. Emm, nama tokeh kilang tu Saripah!" Dialah janda yang paling glamor sekali kat kanmpung kite ni tau!" tmbah Ramli yang agak lapar lalu terus memakan kamus Perancis itu buat santapan makan petangnya.

"Ohhh! Aku tau, lepas tu disantaunya la janda tu ye...," Latip cuba berlangak pandai.

"Ha! Pandai pun! Tapi kerbau tu tak tau yang janda tu juga punya ilmu hitam lagi tinggi!" tegas Ramli. " Setengah santauan kerbau tu dapat ditangkis oleh si janda tu, kerbau tu terus malu. Rupanya janda tu lebih terrer daripada dia. Janda tu marah, lalu disumpahnya kerbau tu menjadi kerbau peringkat ke 8, tetapi kerbau berjaya mengelak. Maka berlakulah pertarungan ilmu hitam yang dasyat sekali selama 8 hari 8 malam kat kampung kita ni..."

"lepas tu? Lepas tu? Lepas tu?" Latip melonjak-lonjak seperti anak kecil yang terberak dalam seluar.

"Entah le! Orang kata kedua-duanya hilang begitu saja, takde kesan langsung! Sehinggalah sekarang ni kehilangan kerbau dan janda tu menjadi satu misteri yang masih lagi tak dapat kita ketahui akan jawapan sebenarnya. Err..., begitulah adanya!" kata Ramli yang baru menyedari akan tingkah lakunya yang sedang menggaru telinga Latip tanpa tujuan apa-apa.

Hari sudah semakin lewat, setelah penat menghalau kerbau-kerbau masuk ke kandang, akhirnya mereka pun pulang ke rumah masing-masing. Pada malam itu Latip tidak dapat melelapkan mata kerana teringatkan kerbau puaka itu. Apatah lagi malam itu agak panas, menyebabkan Latip berpeluh sakan di atas dapurnya.

"Eh! Apasal aku tidur kat atas dapur ni pulak? Patut le panas! Hisshhh! Suwey betul la akau ni!" Latip bergegas menuju ke biliknya. Tetapi tiba di biliknya Latip agak terkejut kerana ada seekor kerbau sedang baring sambil mendengar walkman di atas katilnya. Alkibat terlalu marah, Latip terus memflying kick kerbau yang terbabit itu. Tetapi dapat ditangkis oleh kerbau itu dan latip terhumban ke luar tingkap.

"Cisss! Cilake punya kerbau puaka tu yaa!? Ohhh! Berani kau tidur kat atas katil aku ya! Sekali aku semprit hidung kau baru kau tau!" jerit Latip lagi dengan marahnya.

"Ha! Ha! Ha! Hantu! Akulah kerbau puaka... akulah kerbau puaka! Ha! Ha! Ha! Hantu!" Ketawa kerbau itu sambil menunding jari kelututnya sendiri untuk memberitahu bahawa lututnya turut berpuaka.

Akibat terlalu berang Latip menjadi mengeluarkan sebatang pen dari poketnya dan diajukannya pen itu tepat ke langit. Maka bertukarlah Latip menjadi Otromen Es... penghulu bintang dan cakrawala. Yaa... tuan-tuan, siapa sangka Latip yang hanya pemuda kampung sebenarnya seorang Otromen Es. Memang benar tuan-tuan, jangan tak percaya, sebenarnya Latip ni seorang harta tatkala siri Otromen yang dilakonkannya dahulu hits satu dunia. Tu laa... jangan pandang orang sebelah mata tetapi pandanglah orang sambil mengumpul mata semasa bermain kompang.

Haa! Selepas itu kerbau tu terus terkejut sakan dan menukarkan dirinya jadi rasaksa. Maka berlakulah satu pergelutan yang amat dasyat, habis satu kampung ditomoinya. Apabila Latip melihat kampungnya hancur umpama pasir-pasir di tepi pantai, lantas Latip mengambil pasir dan membuat kampung-kampung di tepi rumah yang berdekatan dengan pantai.

Melihatkan keadaan Latip yang sedang membuat rumah itu, kerbau puaka yang telah menjadi raksasa itu terus menukarkan dirinya menjadi bangunan 4 tingkat. Arakian melihatkan magik hitam yang dilakukan oleh kerbau itu tadi, Latip pensan dan koma. 8 hari selepas itu Latip disahkan meninggal dunia oleh bapaknya yang bernama Leman atau sepai Leman.